Jerawat & parut jerawat
dari RM 180 / sesi
Untuk jerawat aktif, doktor biasanya menggabungkan pembersihan klinikal, peel salisilik ringan atau terapi cahaya dengan ubat sapu atau makan jika perlu. Untuk parut jerawat berlubang (jenis ice pick, boxcar atau rolling), pilihan termasuk fractional laser dan microneedling yang merangsang pembentukan kolagen baharu secara berperingkat.
Julat harga: jerawat aktif RM 180 – RM 380 sesi; parut jerawat RM 450 – RM 950 sesi, ikut kawasan dan teknik.
Doktor akan semak
- Jenis jerawat dan pencetus (hormon, produk, ubat)
- Jenis dan kedalaman parut
- Ubat semasa, termasuk isotretinoin
- Risiko kesan gelap selepas radang (PIH)