Fitri SamadWatak AI
Menu

Chatbot WhatsApp untuk soalan yang pelanggan selalu tanya.

Harga, waktu buka, cara booking. Team aku setup jawapan ikut bisnes kau. Cuba dulu dengan soalan contoh.

Contoh perbualan

PelangganAda slot servis Sabtu?

ChatbotAda slot Sabtu pukul 10 pagi. Nak semak cara tempahan?

Bila chatbot jawab sendiri?

Contoh rekaan untuk kedai yang menerima pertanyaan produk dan pesanan pukal. Staf semak perkara yang perlukan sebut harga.

Contoh pertanyaan · Bahasa Melayu

PelangganAda pilihan saiz? Kalau nak tempah banyak, boleh dapat harga khas?

Contoh jawapanPilihan saiz ada dalam katalog. Untuk harga tempahan pukal, saya serahkan pertanyaan ini kepada staf untuk semakan.

Sample enquiry · English

CustomerWhat sizes are available? Can I get a quote for a bulk order?

Sample replyYou can find the sizes in our catalogue. I’ll hand your bulk order enquiry to a staff member for a quote.

Lihat contoh bil setup, langganan dan caj Meta

Apa yang team perlukan?

Bawa soalan yang selalu masuk, jawapan yang kau guna sekarang dan nombor WhatsApp bisnes yang kau nak guna. Kita setuju skop sebelum setup.

  1. Bincang

    Kami pilih soalan yang selalu masuk.

  2. Setup

    Team aku susun jawapan dengan kau.

  3. Uji

    Cuba ayat yang pelanggan biasa guna.

  4. Hidup

    Semak nombor dan jawapan sebelum mula.

Tanya syarat setup

Sesuai untuk bisnes kau?

Sesuai kalau pelanggan selalu tanya soalan yang sama dan kau dah ada jawapan tetap. Kalau setiap mesej perlukan penilaian staf, mula dengan senarai soalan rutin yang kau sanggup serahkan pada chatbot.

Semak skop bisnes kau

Pilih cara kau nak setup.

Buat sendiri

Siapa buat kerja
Kau susun jawapan, pilih alat dan uji.
Perkara yang kau perlu tentukan
Masa staf dan kos alat.

Upah developer

Siapa buat kerja
Developer bina ikut skop yang kau beri.
Perkara yang kau perlu tentukan
Siapa jaga perubahan dan sokongan selepas siap.

Team Fitri

Siapa buat kerja
Team bantu susun dan setup jawapan, kau semak sebelum mula.
Perkara yang kau perlu tentukan
Soalan, jawapan, nombor dan kerja yang masuk dalam sebut harga.
Bincang pilihan setupBandingkan harga chatbot WhatsApp di Malaysia

Sebelum sambung nombor WhatsApp.

Nombor saya kena ban tak?

Ada dua cara sambung. Cara rasmi (WhatsApp Business Platform daripada Meta) risiko sekatan paling rendah, selagi kau ikut polisi WhatsApp, contohnya tak hantar mesej pukal tanpa kebenaran. Cara tidak rasmi (sambung melalui aplikasi WhatsApp biasa) lebih murah dan cepat, tapi risiko nombor disekat lebih tinggi, sebab Meta tak benarkan automasi begitu. Kami terangkan beza dan risiko setiap cara, dan cadangkan yang sesuai dengan bisnes kau sebelum mula.

Perlu tukar nombor?

Tak semestinya. Nombor yang dah guna WhatsApp Business app kadang-kadang boleh disambung terus dan sejarah chat kekal, bergantung pada kelayakan nombor tu. Kami semak dulu, dan terangkan pilihan sebelum apa-apa diubah.

Bot salah jawab macam mana?

Masa ujian, kau boleh semak dan betulkan jawapan dengan team kami. Kita tetapkan soalan yang perlu staf ambil.

Data customer saya selamat?

Sebelum setup, minta kami terangkan data yang digunakan, siapa boleh akses dan cara minta data dipadam.

Kalau nak berhenti?

Nombor dan akaun WhatsApp kekal milik kau. Tanya tempoh notis, caj yang masih berjalan dan apa jadi pada data bila servis tamat.

Tanya soalan lain

Nak cuba dengan soalan bisnes kau?

Bawa dua atau tiga soalan biasa. Kita bincang jawapan dan kerja yang kau nak chatbot ambil.

WhatsApp untuk sebut harga